Tiny Techies (Robotic Innovation Session 1)
19 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 April 2026, telah diadakan Kelas Tiny Techies Robotic Innovation Session 1 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem NADI book secara atas talian.
Dalam topik kali ini, sesi pengenalan asas robotik yang memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah. Peserta akan mempelajari komponen asas robot, cara pemasangan mudah serta bagaimana robot berfungsi melalui aktiviti interaktif dan menyeronokkan. Program ini membantu meningkatkan minat terhadap STEM serta membina keyakinan dalam mencipta inovasi teknologi sejak dari kecil.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: